Minyak kelapa dara Armia diproses tanpa menggunakan haba ataupun kimia. Ianya menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian sains menunjukkan ia berfungsi untuk membantu kesihatan manusia secara dalaman ataupun luaran. Sesuai diminum dan disapu pada seluruh anggota badan.
Adakah pengambilan satu sudu minyak kelapa dara dua kali sehari secara konsisten mampu mengurangkan berat badan anda?
Jawapanya, Ya

Minyak kelapa dara mempunyai khasiat tersendiri berbanding dengan minyak yang lain. Hal ini demikian kerana minyak kelapa dara mempunyai asid lemak yang berantaian sederhana dan bukannya asid lemak rantaian panjang dan kandunganya mampu memberi manfaat kepada kesihatan kita.
Antara Kegunaan Minyak Kelapa Dara adalah :
Mengurangkan Berat badan
- Kajian menunjukkan wanita yang mengambil minyak kelapa dara setiap hari secara konsisten boleh mengurangkan kandungan lemak dalam badan terutamanya pada bahagian perut.
- Satu kajian yang dilakukan pada tahun 1986 oleh TB Seaton et al dalam American Journal of Clinical Nutrition yang menunjukkan pengambilan makanan yang mengandungi asid lemak rantaian sederhana mampu meningkatkan kadar metabolisma badan secara purata sebanyak 12%, berbanding dengan hanya 4% bagi pengambilan makanan yang mengandungi asid lemak rantai panjang.
- Jelaslah fakta ini membuktikan teori bahawa minyak kelapa dara dapat menjana tenaga dan tidak menyimpannya sebagai lemak dan faktor inilah yang menggalakkan penurunan berat badan boleh berlaku.
Penghadaman yang lebih
baik
Tiroid yang lebih cekap
Kesihatan Jantung
Sistem imun yang lebih kuat
- Dengan menggabungkan minyak kelapa dara dalam diet seharian, ia boleh membantu masalah penghadaman perut anda. Selain melancarkan sistem penghadaman, minyak kelapa dara membantu dalam penyerapan nutrien dalam badan sekali gus berfungsi melawan bakteria yang tidak sihat di dalam usus.
Tiroid yang lebih cekap
- Pengalaman seorang pesakit hipotiroidisme telah mendapati bahawa pengambilan minyak kelapa dara setiap hari dapat memperbaiki dan merawat penyakit yang dialaminya.
- Walaupun keputusan kajian saintifik masih belum lagi muktamad, namun anda boleh mencuba dengan mengamalkan pengambilan minyak kelapa dara dalam penyembuhan hipotiroidisme.
- Walau bagaimanapun seelok-eloknya setiap pesakit perlulah berunding dahulu dengan doktor.
- Kajian menunjukkan bahawa kegunaan minyak kelapa dara dapat mengurangkan risiko kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan serangan jantung.
- Kandungan rantaian lemak sederhana (50% asid laurik) dalam minyak kelapa dara sangat baik untuk jantung serta mengurangkan kadar kecederaan pada arteri.
Sistem imun yang lebih kuat
- Minyak kelapa dara sememangnya diakui mengandungi anti-virus, anti-kulat dan anti-bakteria yang membantu badan dalam menangkis pelbagai penyakit.
Kulit yang sihat
- Minyak kelapa dara mempunyai sifat antioksidan yang tinggi dan menjadi pelembap yang baik terhadap kulit.
- Ia juga membantu menentang bakteria dan masalah kulit lain termasuk ruam, dermatitis, jerawat, kedut, ekzema dan psoriasis.
- Jika anda mempunyai kawasan kulit yang bermasalah, sapu minyak kelapa dara pada kulit untuk melegakan keradangan dan mengurangkan gejala-gejala masalah kulit.
- Kegunaan minyak kelapa dara untuk kegunaan luaran juga membantu dalam melambatkan tanda-tanda penuaan apabila digunakan pada muka anda.
Rambut dan
kulit kepala yang sihat
- Selain daripada menjadi perapi yang sangat baik, ia juga membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak dan menyediakan protein penting menyihatkan semula rambut yang rosak.
- Untuk rambut kelihatan lebih bersinar, sapu sedikit minyak kelapa dara pada rambut dan kulit kepala selepas cucian.



No comments:
Post a Comment